Sunday, November 23, 2008

Kaunter Maxis Postpaid dan Broadband di Central Mart,Saujana Utama,Sungai Buloh



Kini Maxis mempunyai kaunter pertamanya di Pasaraya Central Mart Saujana Utama, Sungai Buloh setelah menandatangani perjanjian dengan pihak CM dan Vurzberg Marketing. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan broadband, pascabayar,Hotlink dan pameran telefon bimbit CSL. Usaha sedang dijalankan untuk menambahkan kaunter seperti ini di kawasan Lembah Kelang.

Sunday, October 26, 2008

Promosi Maxis Broadband di Saujana Utama

Vurzberg marketing telah membuka kiosk di pintu masuk Pasaraya Central Mart, Saujana Utama,Sungai buloh pada 25hb. Oktober 2008.

Friday, October 24, 2008

Certification Program - Maxis Broadband for Dealer

Kursus Maxis Broadband for Dealer - Certification telah diadakan pada 23/10/08 di Maxis Academy KL Central KL di mana 2 peserta dari Vurzberg Marketing menghadiri kursus dan telah menamatkan kursus dengan jayanya. Antara module yang diberi ialah pemahaman teknologi broadband, produk knowledge dan diakhirinya dengan ujian dimana hanya mereka yang lulus di beri pensijilan.


Kelihatan peserta dari beberapa dealer yang datang dari Kuantan, Nilai,Selangor dan Kuala Lumpur.

Monday, September 15, 2008

Sesi Temubual Dengan Vurzberg Marketing

Sesi temubual telah diadakan di UIA pada 15hb September 2008 oleh Puan Azah, Pengurus Pemasaran Vurzberg Marketing. Beberapa perkara telah di bincang untuk menilai kesesuaian calon dan penerangan pelan strategik syarikat untuk membimbing usahawan - gambar ehsan

Info Program Usahawan Inkubator Maxis



Blog ini menjemput pegawai, ,reseller, leader, members Vurzberg marketing untuk memberi sebarang bentuk maklumat, tips, info terbaru program ,jadual events, pengumuman dan sebagainya agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Terima kasih

Taklimat Program Usahawan Inkubator

Satu taklimat mengenai program usahawan inkubator maxis telah diadakan di Hotel D Palma Inn Ampang pada 26.8.08. Seramai 10 orang bakal usahawan hadir untuk mendengar taklimat. Hadir memberi taklimat ialah En. Zikri selaku Pengarah Urusan Vursberg Marketing serta Puan Azah selaku Pengurus Pemasaran - gambar ehsan.